Selamat petang uolls ... Arini aku nak ceciter kat korang ... peningnya kepalo den nak pilih bunting yang mana untuk stall burger aku nanti ...
Kedua2 design ni cantik ..... sangat. Kredit buat Chu Majorflava coz dialah yang sudi tolong aku disaat2 terdesak begini ... Lagipun aku ni "0" knowledge dalam bidang design mendesign ni ... lebih2 lagi guna photoshop ... aduh!!!! aku ni buta photoshop ... lol ....
So, last nite Chu email kat aku 2 contoh design bunting yang telah siap direka, cuma belum di printing coz aku kena pilih yang mana 1 aku nak .... Tapi, tu la ... pening kepalo den ni ha memilih yang mana 1 aku nak. Kedua2nya cantik o ... sukar untuk aku pilih sehinggakan aku terpaksa mintak pandangan daripada kengakawan kat fb ... ni ha.
So, korang mesti nak tengok kedua2 design bunting tu kan? meh aku tunjukkan ...
2 Contoh Design Bunting
Setelah dipertimbangakan oleh jemaah hakim yang begitu arif n bijaksana gitew .... maka aku telah pun mendapat keputusannya ... Yang mana pilihan Qolbu ....
Taraaaaaaaa ...
So, camner pendapat uolls tentang pemilihan ini? Jumpa lagi .....
Toi eh ...
JaNGaN LuPa TiNGGaLKaN KoMeN aNDa
Isnin, 26 Mac 2012
Selamat pagi .... Happy monday kat uolls ek ... Cam biasa la Isnin adalah hari yang paling membosankan bagi semua warga Malaysia ... X gitew ....
Pagi ni aku x banyak ceciter la kan .... Cuma aku nak berpesan kepada uolls semua, 6-8 April 2012 yang akan datang Pesta Benak kat Sri Aman ni. So, pasti meriah n ramai pengunjung akan bertandang x kira dari dalam mahupun luar Sri Aman.
So, kepada uolls yang ada anak2 yang berusia 5 tahun ke bawah tu sila ambik langkah berjaga2 ek. Kalo uolls nak bawak anak2 uolls yang usianya sepertimana aku bagitau tu jalan2 kat Pesta Benak nanti, pastikan uolls bawak hand rub bersama2 yer ...
Aku pesan ni coz kes HFMD masih lagi "berkeliaran" ... So, kalo boleh elakkan bawak anak2 kecik uolls tu dalam kemeriahan Pesta Benak tu nanti ek. Tapi kalo uolls nak bawak gak, ingat pesanan hamba tadi ... bawak hand rub bersama2 anda.
Selamat ber"Pesta Benak" yek ... Sambil menjaga kesihatan anda sendiri n anak2 anda .....
Katakan TIDAK pada HFMD!!!!
JaNGaN LuPa TiNGGaLKaN KoMeN aNDa
Jumaat, 23 Mac 2012
Afternoon to all blogger .... hu3 ... Lamanya hamba x update entri kan ... Mesti korang tertunggu2 .... X kurang jugak ada yang dah mula tinggalkan blog aku yang dah cam setor yang lama x dikunjungi ... pasti berdebu di dalamnya ... ye x ...
Bukan apa uolls aku lama x update, bz ha .... asyik2 bz jer yang aku kasi tau kat uolls kan ... apa la aku ni ... kang kene kentut dengan si umi baru tau .... pang!!!!
So, arini aku nak ceciter ngan korang sal satu pesta yang akan menjengah kami Di Sri Aman ni ha .... every year pasti ada pesta ni .... Korang tau x pesta apa tu? Pesta Kentut??? Bukan la .... Tu Umi pengasasnya ....
Bagi yang dah tau tu ok la kan ... bagi yang x tau lagi, ni aku nak habaq kat uolls PESTA BENAK 2012 ... yang akan berlangsung di bandar Sri Aman pada 6-8 April 2012 yang akan datang. Banyak tau di antara acara2 yang akan disajikan buat anda yang datang berkunjung ....
Ada Miss Tourism Benak, Pertandingan Fotografi, Benak Idol, Pertandingan Lumba Perahu n banyak lagi .... Dengar2 gak tahun ni dijangka akan lebih meriah berbanding tahun lepas. Hopefully la kan .... Diharap gak x ujan 3 hari berpesta tu nanti kan .... Kalo x ujan kan meriah kau ....
Macam tahun lepas ada acara luncur benak uolls .... Peluncur Australia 3 orang datang n meluncur benak last year tau ... Jom ikut aku tinjau Pesta Benak tahun lepas ...
Welcome To Sri Aman
Salah seorang peserta Miss Tourism Benak 2011
Di antara jualan
Bersebelahan pentas utama
Pertandingan meluncur benak
Para pengunjung yang sedang menyaksikan Pertandingan Lumba Perahu
Tapak2 jualan
Salah seorang peluncur Australia
Pertandingan Fotografi Pesta Benak 2011
Benak
Miss Tourism Benak 2011
Di antara peserta Pertandingan Lumba Perahu
Aku tahun ni buat julungkalinya ambik bahagian dalam acara ....... Buat Jualan ... wakakakakaka .... Aku jual burger la .... So, kepada uolls semua aku amat mengalu2kan kedatangan uolls ke bandar Bujang Senang Sri Aman yer ... Datang!!! jangan x datang yer!!! kan dah pay day .... korek hidung tu kang ... ha ...
So uolls .... sampai bertemu lagi yar .... tata .... bye2 ... yuhu ....
Toi eh ...
JaNGaN LuPa TiNGGaLKaN KoMeN aNDa
Isnin, 12 Mac 2012
Pe kabar uolls? hope sihat ek ... aku arini kurang sihat la. Sebenarnya 2 n 3 hari lepas dah aku rasa lain macam but aku x endahkan ... Arini ni plak aku rasa double lain ... hu3 ...
Tengok ni ha muke aku yang x berapa nak ceria ...
Tengok atas tu ... buruk benar rupanya kan ... hu3 ...
Tadi tengahari aku balik umah, rest coz aku rasa cam nak tumbang jer ... badan sakit2 ... panas kat dalam ... kepala plak pening2, ni plak selesema cam dah nak bertandang ... ADOIIII!!!
Aku x suka la camni ... tapi apa boleh buat, dalam setahun memang kita akan mengalami kurang sihat ni ha ... Aku ingat x nak escape la minggu ni (kene pang kang). Tapi aku x leh tahan ler .... sok terpaksa la aku ambik sick leave 2 hari ...
Nak kasi kat saper? kasi kat umi ler ... hu3 ... jangan mare ek Umi ...
Got to go .... Toi eh ...
JaNGaN LuPa TiNGGaLKaN KoMeN aNDa
Jumaat, 9 Mac 2012
Pe kabar korang arini di hari jumaat penghulu segala hari .... Dalam sedar x sedar besok dah hari sabtu kan. Tu la orang kata waktu berjalan begitu pantas tanpa kite semua sedari yer ...
K, arini aku nak ceciter kat korang semua sal apa yang aku jumpa malam semalam.
Nak dijadikan perkongsian ceritanya ... begini. Aku pegi gerai makan Eyqa Songkaseh semalam. Ye la .. lama x jenguk diaorang kan semenjak aku bz ngan perniagaan berger aku tu kan. So, nak la jugak lepak ngan diaorang dikala aku ke "free" an ni kan.
So, aku duduk la kat satu corner tu kan ... aku tengok ada sesuatu kat atas meja tu. So, dengan rasa penuh confident n rasa ingin tahu yang sangat tinggi, aku pun meringankan langkahku menuju ke situ ... Korang nak tau x apa yang aku jumpa? 3 keping kertas yang di atasnya tertulis pernyataan yang indah sekali. So aku rasa, ianya patut dikongsikan buat korang semua. Pasti korang feel abis pas korang baca ni ha ...
Layan .... bapeda ... bapedi ... booo ...
Amacam? ok ke x ok? Betul ke x betul? Aku bila dah baca ni kan .. apa lagi ... ketawa bukan main lagi uolls ... Sampai nak terkencing pun ada tau ... wakakakakakakakakakakakaka ... lawak giler.
So, ni sekadar untuk hiburan bagi mana2 yang de masalah ke arini kan, bila tengok entri n dah baca ketiga2 pic kat atas ni hope korang tersenyum n paling x pun tergelak ... yer ...
Gue chow yer ... Toi eh!!!
JaNGaN LuPa TiNGGaLKaN KoMeN aNDa
Rabu, 7 Mac 2012
Bertemu lagi kita dalam rancangan .... Ketuk ketampi. Meh kita main ketuk2 ... last2 kang sama2 benjol yer .. Hu3 ...
Ceciter arini berkenaan penyakit kaki, tangan n mulut. Pasti korang dah maklum sal penyakit ni kan. Ianya bukan lagi baru untuk kite semua, malah ramai dikalangan kita ambik remeh n x nak ambik tau pun sal penyakit ni kan ...
Kebanyakan dari kita semua beranggapan bahawa penyakit kaki, tangan n mulut ni sejenis penyakit biasa2 jer sepertimana penyakit2 ringan yang lain. Ha!!! uolls jangan sambil lewa yer ....
Untuk pengetahuan uolls, penyakit ini boleh menyebabkan KEMATIAN tau!!! So, sebagai ibu bapa or penjaga kepada anak2 korang yang berusia dibawah 5 tahun tu harus ambik langkah berjaga2 100x ganda. Jaga kebersihan anak2 tu, jangan biarkan anak2 korang main benda2 yang kotor diluar rumah tu yer.
Korang dah lupa apa itu HFMD yer? meh aku ingatkan balik yer ...
Lihat, baca n renungkan bersama.
Enterovirus
HFMD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.
HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 dan enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.
HFMD yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat berjangkit daripada manusia ke manusia melalui sentuhan cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki serta najis mereka yang telah dijangkiti. Seseorang pesakit lebih mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), pergelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 dikawasan yang lain.
Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh2 badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang2 cirit - birit.
Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak - kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.
Perkara yang perlu diberikan perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
Demam tinggi.
Penat dan lemah.
Kurang selera makan dan kurang kencing.
Bernafas kencang.
Muntah2.
Nampak mengantuk, pening cepat marah dan menangis.
Sawan.
HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.
Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan badan, meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.
ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan dalam kebanyakan kes.
Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.
Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke hospital?
- Apabila pesakit x boleh makan dan minum, perlu dimasukkan air melalui salur darah.
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik.
- Jika demam x berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih dari 4 hari.
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak2 meracau, serangan sawan, kepenatan yang melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk HFMD pada waktu ini.
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak2 yang terkena HFMD.
Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.
Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak.
Sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyakkan HFMD TIDAK merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak2 anda tiada demam, selera makannya seperti biasa, dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam dimulut dan tangan.
Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak2 yang lain.