KaNTa SeNTuH (RiSiKo TeRSeMBuNYi)
Salam, camat petang kepada uolls x kira korang berada dimana sekali pun asalkan dapat baca entri aku ni ha ...
Petang ni aku nak citer kat korang sal kanta sentuh @ contact lens ... bukannya kanta pembesar ek ... hu3 ...
Kanta sentuh ni dipakai secara meluas oleh mereka yang rabun mata. Pada masa kini, penggunaan kanta sentuh berwarna untuk tujuan kosmetik semakin digemari ramai.
Walau bagaimanapun, terdapat risikonya apabila menggunakan kanta sentuh. Oleh itu, sebelum memakai kanta sentuh, adalah penting bagi anda mendapatkan nasihat dari pengamal yang terlatih seperti pakar mata, optometris dan pakar optik yang berdaftar dan mempunyai permit untuk kanta sentuh.
Nasihat yang diperlukan termasuk:-
Menilai kesesuaian memakai kanta sentuh
Memastikan pemasangan kanta sentuh yang sesuai
Mendapatkan pengetahuan yang betul tentang penjagaan kanta sentuh
dan komplikasi yang mungkin timbul
Merancangkan rawatan susulan
"Pemakaian kanta sentuh bukan sesuai untuk semua orang. Dapatkan nasihat dari pengamal yang berkelayakkan untuk memastikan anda sesuai untuk memakainya"
Tahukah anda bahawa kanta sentuh boleh mengakibatkan komplikasi berikut ...
Perkara2 yang perlu dilakukan:-
ULSeR KoRNiA
Ianya merupakan jangkitan pada kornia
Adalah komplikasi kanta sentuh paling serius
Mungkin menyababkan kebutaan
Tanda2nya adalah seperti mata merah, rasa sakit,
penglihatan kabur n adanya tahi lalat
MaTa KeRinG
Tanda2nya:-
Mata tidak selesa
Terasa bendasing dalam mata
CaLaR PaDa KoRNiA
Luka dipermukaan kornia
Tanda2nya ialah mata berair, mata merah,
rasa sakit dan penglihatan kabur
KoNJuNKTiViTiS aLeRGi
Reaksi terhadap bahan kotoran yang terdapat pada kanta sentuh
Tanda2nya ialah mata gatal, mata merah
dan tahi mata yang bertali-tali
"Sekiranya anda mengalami tanda2 tersebut di atas, sila berjumpa dengan pakar mata atau pegawai optometris dengan segera"
NaSiHaT TeNTanG PenGGuNaaN KaNTa SeNTuH
Perkara2 yang perlu dilakukan:-
Dapatkan kanta sentuh dari pengamal berkelayakan seperti pakar mata,
optometris atau juru optik berdaftar yang boleh memberi
preskripsi kanta sentuh
Belajar cara yang betul untuk memakai, mengeluarkan dari mata,
mencuci dan menyimpan kanta sentuh
Memakai kanta sentuh mengikut jadual yang ditetapkan
Membasuh tangan dengan sabun dan keringkan tangan
sebelum mengendalikan kanta sentuh
Mencuci kanta sentuh dengan larutan disinfeksi yang dicadangkan
dan digalakkan menggosok kanta dengan jari
Rendam kanta dalam larutan yang mencukupi bagi menutupi
keseluruhan kanta sepanjang malam
Bilas dengan saline sepenuhnya sebelum memakai kanta
Mencuci dan mengeringkan bekas kanta sentuh setiap kali selepas kanta
dikeluarkan dari bekas. Letak bekas ditempat yang kering
dan bersih. Tukar bekas kanta sentuh
setiap 3 bulan
Memastikan kuku bersih
Mendapatkan nasihat dari pembekal kanta anda sebelum
menggunakan sebarang ubat titis mata
Menjalani pemeriksaan mata secara berkala, sekurang2nya sekali setahun
atau atas nasihat pembekal kanta anda
Menanggalkan kanta dan berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda
mengalami gejala seperti mata merah, sakit, berair mata berlebihan,
mata lebih sensitif kepada cahaya, penglihatan kabur
bertahi mata atau mata bengkak
Perkara2 yang tidak boleh dilakukan:-
Jangan membeli kanta sentuh dari kaunter jualan atau internet tanpa nasihat
dari pengamal yang berkelayakkan, ini termasuk kanta sentuh
kosmetik berwarna
Jangan memakai kanta sentuh kepunyaan orang lain
Jangan memakai kanta sentuh semasa tidur walaupun ianya jenis
pemakaian berterusan kerana ia akan meningkatkan
risiko infeksi mata
Jangan memakai kanta sentuh semasa berenang
Jangan rendam atau cuci kanta dengan saline buatan sendiri,
air suling atau air paip
Jangan guna larutan cucian kanta yang telah
dibuka lebih dari 30 hari
Jangan memakai kanta sentuh sekiranya terdapat iritasi
pada mata atau mata merasa tidak selesa
"Anda berisiko lebih tinggi untuk mendapat komplikasi berkaitan dengan kanta sentuh sekiranya anda tidak mengikuti nasihat pemakaian kanta sentuh yang betul"
"Sekiranya anda tidak dapat mematuhi langkah2 tersebut di atas, anda dinasihatkan
untuk memakai cermin mata semula"
Uuuuuuuuuuuuuuu takutnya .. nasib baik kmk dah start pakai cermin mata ..
BalasPadamrumit mau pakai kanta lekap tok ..semua kenak jaga .. nice info adam ..piwettt
My Life's Journey: aok .. nasib bait la kamek nang x makey contact lens ... x salah sebenarnya makey contact lens tapi kena la mintak nasihat dari pakar lok .... nek tok nak ke banyak jak benda tok nang bermacam2 kaler nak .. cdak geng2 nang sukati jak beli n makey sebarang jak ... pakey pesen kata daknya ... tapi yalah tek, mata kan penting ... takut lak ujung2 mato kito butak ... ya baruk jadi kassim selamat .. eh salah ... kassim kurang selamat ...
BalasPadam