TeKaNaN DaRaH TinGGi
Salam ... Camat Petang rakan2ku sekalian alam ... Petang ni aku nak kasi info kesihatan la kat korang semua ek ... Mungkin benda ni nampak remeh jer kan, tapi korang kene gak tau serba sedikit sal ni. Setidak2nya untuk korang tambah ilmu pengetahuan ... ye x ...
Apa itu darah tinggi? Ha, soalan ni pasti akan terwujud dibaris pertama, rite. Darah tinggi bermakna apabila bacaan tekanan darah iaitu shortform-nyer BP (bukan stesen minyak ek) menunjukkan bacaan sistolik 140 mmHg atau lebih n /atau diastolik 90 mmHg atau lebih atau anda mengambil ubat darah tinggi.
Mengapa kita harus mengawal darah tinggi? Ini kerana ia membawa kepada beberapa akibat buruk seperti strok, serangan jantung, kerosakan buah pinggang n sebagainya.
Rawatan diperingkat awal adalah lebih baik bagi mengawal penyakit darah tinggi n mengelak komplikasi.
Faktor risiko penyakit ini adalah seperti
Berat badan berlebihan atau obes
Apabila umur semakin meningkat
Sejarah penyakit darah tinggi dikalangan ahli keluarga terdekat
seperti ibu, bapa atau adik-beradik
Mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil
Merokok
Mempunyai penyakit seperti diabetes, kegagalan buah pinggang dan tiroid
Tidak bersenam
Stres atau tekanan
Kesan sampingan ubat-ubatan
Pengambilan garam dalam makanan yang berlebihan
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Rawatan awal dan berterusan dapat mencegah komplikasi darah tinggi seperti berikut:-
Penyakit jantung koronari
Serangan jantung
Strok/angin ahmar
Kegagalan fungsi buah pinggang
Pengerasan arteri (atherosclerosis)
Kerosakan mata yang boleh menyebabkan kebutaan
Pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan (MA), Jururawat secara berjadual perlu dilakukan bagi pesakit darah tinggi. Antara jenis pemeriksaan yang mesti dilakukan ialah:
1). Pemeriksaan tekanan darah
2). Pemeriksaan jantung seperti Echocardiography (ECG) n X-ray dada
3). Pemeriksaan mata
4). Strok/angin ahmar
5). Pemeriksaan buah pinggang seperti urin protein, urin albumin, serum creatinine n urin microalbumin.
Amalkan cara hidup sihat - bersenam secara konsisten sekurang2nya
3 kali seminggu 20-30 minit setiap kali
Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang - kurangkan garam dan lemak,
lebihkan sayur dan buah2an serta pilihlah makanan segar
Sasar dan kekalkan berat badan unggul
Jangan mengambil alkohol dan minuman keras
Tidak merokok (bagi yang merokok tu berhenti la yer)
Makan ubat darah tinggi mengikut nasihat doktor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
...ASSaLaMuaLaiKuM & SaLaM 1MaLaYSiA...
...KoMeN La KaT SiNi eK...
...SaTu PuN JaDi La...
...LaGi BaNYaK, LaGi BesT...
...TQ...