Khamis, 2 Februari 2012

 Panduan Bercinta & Berdating (Part 12)

 

Selamat tengahari uolls ... Pe kabor? Arini aku nak sambung balik apa2 yang patut ... korang pun tau kan ... tengok tajuk jer pun dah tau ... hu3 ...

Layan ...







 Susah Senang Bersama



Kekasih yang cemerlang menjadi orang penting dalam hidup pasangannya. So, untuk menjadi yang cemerlang n terbilang gitu ... korang kena menjadikan diri korang sendiri sebagai orang yang penting dalam hidup sidia. Korang kene tetap bersamanya bukan sekadar time senang jer yer, bahkan semasa dalam kesusahan pun korang kena ada bersama. Susah n senang korang berdua hadapi bersama n ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung. Bak kata pepatah melayu, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".


 Peka Dengan Perasaannya



Pompuan n emosi memang x dapat dipisahkan. Korang perlu kerap bertanya kat buah hati korang tentang perasaannya, kegemarannya, apa yang dia x suka ataupun sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi ler. Korang juga perlu peka dengan perasaannya atau mood pompuan coz setiap hari mood tu akan berubah. Lebih baik korang berhati2 dengan benda ni. Jangan wat lawak x tentu pasal tau. Kelak ada yang kene marah or lebih tragis kene pelempang ... wakakakaka ... So, korang kene peka terhadap perkara2 sebegini.

Pemerhatian adalah kemahiran. Oleh itu, korang harus mempelajarinya. Ini mungkin dapat membantu korang mengetahui hati budi serta perasaan sidia. Bagi pompuan yang ingin menawan hati si jejaka, cuba pamerkan emosi yang sama terhadap kejadian or peristiwa seperti sama2 hepi, sedih, terperanjat, benci, simpati n sebagainya. So, lelaki pun ingin gak dimanja oleh pasangannya. Korang perlu menunjukkan kasih sayang kepadanya serta memanjakan dirinya mengikut situasi n keadaan yang sesuai. (kalo nak manja2 sentiasa x syok gak, jadi muak plak kan)


 Beri Bantuan Tanpa Diminta



Berilah pertolongan n bantuan kat sidia tu dengan tanpa diminta. Tawarkan diri secara sukarela untuk membantunya tanpa perlu dia mintak korang untuk melakukannya. kalo boleh, cuba ringan2kan la tangan tu ek. B4 ni pun aku penah kasi tau sal ni kan ... Ada pepatah mengatakan, "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat". Bantulah kekasih korang tu dengan hati yang jujur n ikhlas tanpa mengaharapkan apa2 balasan.

Setiap kebaikan yang korang lakukan pasti mendapat balasannya. Kalo x dibalas di dunia, insyaAllah akan dibalas di akhirat kelak. Buah hati korang pasti akan menghargai sikap korang tu coz suka membantu orang lain. Besar pahalanya wei disisi Allah.


 Jadi Tempat Bertanya



Sejuk rasa hati kalo mendapat buah hati yang ringan tulang n suka membantu orang lain. Beruntungnya dia menjadikan korang kekasih coz sikap korang yang rajin n ringan tulang. Apabila korang terus bersikap positif begini, pasti sidia merasakan bahawa dirinya adalah di antara manusia yang bertuah. Dengan sikap optimis yang korang tunjukkan kepadanya, dia menjadi lebih yakin dengan pilihan yang dilakukan.

 Masa kan dia nak melepaskan korang camtu jer. Sikap sebegini sebenarnya menjadikan dirinya lebih rapat dengan korang. Bermula saat ini, dia sentiasa menjadikan korang tempat rujukan n bertanyakan sebarang masalah yang dihadapi. Ini bermakna dia begitu suka n sayang kat korang.


 Jaga Had & Batas



Walaupun korang dah menjadi sebahagian daripada hidupnya semasa bercinta begini, korang kene tau had n batas sebagai muslim. Jangan melampaui batas2 agama n syariat yang sudah ditetapkan dalam Islam. Sebaik2nya, elakkan diri daripada selalu bertandang ke rumahnya. Apabila ada ibu bapanya, tu x pe. Tetapi, kalo dia tinggal seorang diri, jangan sesekali memasuki rumahnya. Ini bagi mengelakkan maksiat berlaku.

Mungkin orang kata cuma ingin berborak2 jer, tetapi lama kelamaan benda lain plak yang berlaku. Pada masa ni la SYAITAN memainkan peranannya serta berusaha bersungguh2 membawa korang ke lembah maksiat. Lu fikirlah sendiri ....


 Ikut Kemampuan Diri



Bantulah buah hati korang tu selagi termampu. Jangan paksa diri korang untuk melakukan sesuatu diluar kemampuan diri. Ini hanya akan menyusahkan diri sendiri. Kalo korang masih gak berdegil n masih nak mencuba walaupun tau sebenarnya korang x dapat nak bantu, ia akan memberikan kesan negatif ke atas keyakinan diri korang.

Semangat n keyakinan pada diri korang semakin berkurangan coz korang merasakan bahawa korang x dapat nak bantu buah hati korang tu. Penyesalan mula timbul dalam diri. Adalah dinasihatkan kepada korang untuk berfikir terlebih dahulu b4 mengambil sebarang tanggungjawab. Jadilah orang yang bijak bertindak.



"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"

"Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintailah pilihan anda itu"



Toi eh ....




JaNGaN LuPa TiNGGaLKaN KoMeN aNDa

4 ulasan:

  1. feel free visit my site awangzulfikar.blogspot.com..

    BalasPadam
  2. Awang Zulfikar: insyaAllah ... nanti saya terjah ek ...

    BalasPadam
  3. Bena kata kitak dam ..berat sama dipikul ..ringan sama dijinjing .. mun selalu bertolak ansur ..maka akan bahgialah pasangan ya ..ecehwah ..jadi doctor falsafah cintan jak hihi


    yahhhhhhhhhhhh word sekali gan gambar titanic ya la nyuruh kmk senyum ..alu gambar titanic indah kawan hihi

    BalasPadam
  4. My Life's Journey: aok umi ... ya nang sepatutnya ada dalam setiap hubungan cintan cintun ... baruk la merekah2 bahagia ...

    aok, kamek terjumpa pic ya cute na koh ... yalah kamek ngengkah sekali ...

    BalasPadam

...ASSaLaMuaLaiKuM & SaLaM 1MaLaYSiA...
...KoMeN La KaT SiNi eK...
...SaTu PuN JaDi La...
...LaGi BaNYaK, LaGi BesT...
...TQ...

COPYRIGHT BY ADAM MALAYSIAN IDOL