Rabu, 7 Mac 2012

 AWAS!!! Penyakit Kaki, Tangan & Mulut



Bertemu lagi kita dalam rancangan .... Ketuk ketampi. Meh kita main ketuk2 ... last2 kang sama2 benjol yer .. Hu3 ...

Ceciter arini berkenaan penyakit kaki, tangan n mulut. Pasti korang dah maklum sal penyakit ni kan. Ianya bukan lagi baru untuk kite semua, malah ramai dikalangan kita ambik remeh n x nak ambik tau pun sal penyakit ni kan ...

Kebanyakan dari kita semua beranggapan bahawa penyakit kaki, tangan n mulut ni sejenis penyakit biasa2 jer sepertimana penyakit2 ringan yang lain. Ha!!! uolls jangan sambil lewa yer ....

Untuk pengetahuan uolls, penyakit ini boleh menyebabkan KEMATIAN tau!!! So, sebagai ibu bapa or penjaga kepada anak2 korang yang berusia dibawah 5 tahun tu harus ambik langkah berjaga2 100x ganda. Jaga kebersihan anak2 tu, jangan biarkan anak2 korang main benda2 yang kotor diluar rumah tu yer.

Korang dah lupa apa itu HFMD yer? meh aku ingatkan balik yer ...

Lihat, baca n renungkan bersama.


 Definisi & Penyebab



Enterovirus


HFMD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 dan enterovirus 71. Coxsackievirus A16  (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


 Cara Jangkitan



HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat berjangkit daripada manusia ke manusia melalui sentuhan cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki serta najis mereka yang telah dijangkiti. Seseorang pesakit lebih mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


 Gejala Penyakit



HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), pergelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya  hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 dikawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh2 badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang2 cirit - birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak - kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberikan perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
  1. Demam tinggi.
  2. Penat dan lemah.
  3. Kurang selera makan dan kurang kencing.
  4. Bernafas kencang.
  5. Muntah2.
  6. Nampak mengantuk, pening cepat marah dan menangis.
  7. Sawan.

 Cara Rawatan



HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja. 

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan badan, meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.



Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke hospital?
- Apabila pesakit x boleh makan dan minum, perlu dimasukkan air melalui salur darah.
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik.
- Jika demam x berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih dari 4 hari.
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak2 meracau, serangan sawan, kepenatan yang melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk HFMD pada waktu ini.


 Elakkan Jangkitan




Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak2 yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak.


 Jangan Panik




Sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyakkan HFMD TIDAK merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak2 anda tiada demam, selera makannya seperti biasa, dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam dimulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak2 yang lain.

Wallahu A'lam. 



JaNGaN LuPa TiNGGaLKaN KoMeN aNDa

1 ulasan:

  1. Yahhhhhhhhhhhhhh bagus entri tok ..ni baru betul2 holiawww!!!

    ya la kan dam.. makin meningkat HFMD tok ..harap la pas cuti sekolah c meletup gik ..huhu

    BalasPadam

...ASSaLaMuaLaiKuM & SaLaM 1MaLaYSiA...
...KoMeN La KaT SiNi eK...
...SaTu PuN JaDi La...
...LaGi BaNYaK, LaGi BesT...
...TQ...

COPYRIGHT BY ADAM MALAYSIAN IDOL