Rabu, 11 Januari 2012

 Mencari Cinta



Pe kabar kengkawan arini? aku harap uolls sihat yer ... sori la beberapa hari ni x sempat nak buat entri ... bz ngan beberapa perkara yang harus diselesaikan n alhamdulillah arini barulah aku de kesempatan nak update entri untuk korang yer ..

Ceciter arini memang de kaitan ngan cinta ... alalalala cinta sakan jer entri aku ni ek ... angau ker ... nak kata xde cinta, dah berpunya pun ha ... tapi suka nak kongsi apa2 yang berkaitan cinta la ... x per kan ...

Kali ni entri yang aku nak kongsi  ngan korang agak2nya cam CERPEN la ek ... harap korang sudi membaca dari awal sampai akhir ...


 Cinta Remaja



Seperti selalu dia akan menghabiskan masa rehat di perpustakaan sekolah dengan menyusun buku2 atau membantu pustakawan sekolah. Sedang dia sibuk menyusun buku di rak, dia terdengar ketawa kecil sekumpulan gadis yang menyiapkan tugasan mereka di salah sebuah meja. Tawa yang berterusan menariknya untuk menegur gadis2 tersebut untuk senyap. Semasa melangkah dengan tangan menunjukkan tanda senyap, matanya terpandang wajah Farah yang sedang tersenyum & tertawa bersama rakannya. Belum pernah dia melihat Farah tersenyum atau ketawa sebelum ini. Tiba2 Farah mengalihkan pandangan ke arah Sam & mata mereka bertentangan untuk seketika. Melihatkan isyarat yang ditunjukkan, Farah menguntumkan senyuman kepada Sam & menganggukkan kepalanya sebelum berpaling untuk mengulangkaji buku dihadapannya.



Farah tertunduk malu dengan tingkah lakunya tadi. Dia tidak lagi dapat menumpukan perhatiannya terhadap tugasan yang sedang disiapkan. Wajah Sam bermain2 difikirannya. Tentu Sam x berminat dengan aku ... kalau dia berminat tentu dia kan membalas senyumanku ... Nampaknya aku bertepuk sebelah tangan saja selama ini. 

"Hoi! loceng berbunyi, berangan jumpa putera kayangan ke?" sergah Tina & Mimi serentak. 

"Jom cepat, nanti cikgu Bibi marah kalu lambat," kata mereka sambil berlalu keluar. tergesa2 Farah mengemaskan bukunya. Ketika mahu melangkah keluar, dia terpandang Sam masih memerhatikannya dari meja pustakawan sambil tersenyum kepadanya. Farah tersipu & terus berlari keluar perpustakaan.




Sambil makan Sam termenung jauh membayangkan senyuman Farah tempoh hari sehingga dia tidak menyedari panggilan ibunya yang meminta pertolongan darinya. Tiba2 ibunya duduk disebelahnya & bertanya mengenai masalah yang dihadapi oleh Sam, anak bongsunya. 

"Tak ada apa2 mak," jawab Sam ringkas. 

"Kalau x ada, takkan la kau termenung jauh. Ini mesti pasal awek?" telah ibunya. 

"Bukanlah, kawan aje," jawab Sam. 

"Kalau kawan, kenapa anak mama ni sampai termenung teruk macam ni sekali, sampai mama panggil  Sam x dengar. X pernah Sam berkelakuan macam ni," sambung ibunya.


Sebagai anak yang begitu rapat dengan ibunya, Sam memulakan perbualan. 
"Nama dia Farah, rakan sekelas Sam. Dia tu pendiam & x banyak cakap." 

"Tegurlah dia, kalau berkawan x ada salahnya," kata ibunya. 

"Ala ... mama ni x fahamlah ... nanti apa kawan2 Sam & Farah akan kata bila Sam tegur dia. Selama ni Sam x pernah cakap dengan dia walaupun dah 6 bulan sekelas dengan dia," tingkah Sam. 

"Kalau niat Sam setakat mengenalinya sebagai rakan, pedulikan apa kata orang lain," kata ibunya. 

"Mama ni betullah x faham masalah Sam ni ..." jawab Sam dengan geram.

Sam berasa geram kerana mamanya menganggap ianya masalah yang remeh. Apa kata cikgu & geng di sekolah kalau mereka tahu aku berkawan dengan Farah? Tentulah aku kena ejek dengan Badrul, Chee Keong & lain2. Dulu aku juga yang bertaruh x akan berkawan serius dengan budak perempuan kat sekolah. Macam mana ni???



Hari2 seterusnya ibarat siksaan buat Sam. Sehari dia x terlihat kelibat Farah, hatinya x akan tenteram. Dia akan cuba curi pandang Farah dalam kelas & bila2 saja ada kesempatan.

Farah pula merasakan jantungnya berdebar kencang & muka menjadi merah ketika bertemu dengan Sam. Oleh itu, dia mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari bertemu jejaka pujaannya itu. Dia tahu, x mungkin Sam jaguh atlit sekolah, mahu memilih dia sebagai teman istimewanya. Ramai lagi gadis2 lain yang sesuai untuk Sam.

Setiap kali turun ke padang, Sam akan ternanti2 agar Farah turut sama memberi sokongan kepadanya. Sayang, harapannya hampa kerana Farah x pernah hadir. Hatinya sentiasa berkata2 yang Farah tentu x meminati dirinya. Farah anak orang berada, mana layak berkawan dengan orang biasa sepertinya.



"Macam mana ni ... x dapat jugak jawapan bagi soalan2 ni. Cikgu Ding dah beri amaran, kalau x boleh jawab aku kena kelas tambahan hujung minggu depan. Aku mesti pergi majlis kenduri Kak Sheila cuti sekolah nanti," gerutu Farah sendirian di perpustakaan.

Kebetulan Sam yang masuk bertugas di perpustakaan pada petang itu, terdengar keluhan gadis pujaannya. Terkoyak perasaannya melihat wajah Farah yang begitu resah & keliru. Tanpa sedar kakinya melangkah ke meja Farah, sambil menarik kerusi & melabuhkan punggungnya dihadapan Farah. 

"Kenapa dengan awak ni Farah?" Sam memberanikan diri memulakan perbualan.

Farah terasa seperti bermimpi apabila mendengar suara jejaka pujaannya. Dengan perlahan2 dia mengangkat kepalanya. Merah padam mukanya apabila didapati Sam benar2 duduk dihadapannya. Dia terpaksa mencubit tangannya bagi memastikan dia x bermimpi.

"Kenapa awak ni, saya dengar merungut seorang diri tadi?" Sam mengulangi pertanyaannya dengan lembut sambil matanya memerhatikan Farah yang tersipu2 dengan kehadirannya. 

"Farah x tahu buat kerja rumah matematik yang cikgu beri semalam. Farah x mahu duduk kelas tambahan masa cuti sekolah nanti," terang Farah dengan sedih. 

"Boleh saya tengok soalan mana yang Farah x faham?" tanya Sam kepada Farah. Dengan cepat Farah menudingkan jarinya ke semua helaian matematik didepannya.

"Oh! Soalan2 tu memang susah ... saya sendiri hampir x boleh buat. Nasib baik abang saya membantu semalam. Rasanya saya boleh ajar Farah macam mana nak selesaikan soalan2 tu," jawab Sam. Pada hari itu Sam terasa dirinya sebagai seorang wira yang berjaya menyelamatkan puterinya dari dimakan naga (cikgu Ding).



"Kenapa adik kita ni? Senyum sorang diri aje sejak petang tadi ... dah le tu Abang Long & Kak Ngah balik pun buat x nampak." sapa Zeck. 

"Tentu dah dilamun apa Angah?" sambung Zeck. Dari dapur Zai menyanyikan lirik "... C.I.N.T.A ..." 

"Mama, tengok abang Zeck & kakak Zai ..." jerit Sam sambil menutup telinganya.

"Dik, cinta itu indah, tapi hubungan seksual tu jangan dekat. Banyak remaja beranggapan percintaan perlu dimetri dengan menjalinkan hubungan seksual sepasang kekasih," sambung Zeck. 

"Sebenarnya cinta itu perlu dipelihara seperti menatang minyak yang penuh," sambung Zai sambil membaling bantal ke muka Sam.

"Abang ni bercakap macam teka teki, Sam x fahamlah ..." kata Sam dengan wajah keliru. 

"Biar abang Zeck yang terangkan sebab dia dah berpengalaman dalam soal hati, tambah pulak ... dah nak bertunang lagi ..." kata Zai.



"Cinta & hubungan seksual tu dua perkara yang berbeza dik, apabila adik bercinta, adik kenalah hayati nilai2 percintaan seperti menghormati kekasih, x mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan seksual & x membenarkan kekasil mengambil kesempatan atas diri adik," ujar Zeck. 

"Adik juga perlu ingat percintaan itu memerlukan pengorbanan kerana x semua cinta berakhir dengan perkahwinan ... macam Zai ni ... asyik putus cinta aje," sambung Zeck.

"Kalau bercinta dengan jantan yang x menghargai nilai cinta buat apa. Asyik nak jumpa, berkepit ... cemburu buta, x da boyfriend pun x apa," balas Zai. 

"Ha! yang begitu namanya dorongan seksual & bukannya cinta dik ... dimana teruna tu hanya menilai cin Zai kita ni dengan paras rupa & body dia saja. Pasangan seperti ini akan tenggelam dalam dunia mereka sendiri & adakalanya terikut dengan dorongan nafsu sehingga memaksa pasangan masing2 menjalin hubungan seksual sebelum mereka bersedia," terang Zeck.



"Kalau dia dah suka sama suka ... pun x boleh?" tanya Sam. Zeck menerangkan, 

"Dik, sebelum seorang gadis atau teruna ingin menjalin hubungan seksual, mereka mesti memikirkan mengenai beberapa perkara ... Pertamanya, adakah mereka dah bersedia." 

"Tentulah, kalau x, takkan dia orang buat," celah Sam.

"Ish! Adik ni ... Kalau x faham tunggu le kami yang pakar2 terangkan. BERSEDIA maksudnya ... tahu semua kesan & akibat hubungan seksual seperti gadis itu mungkin mengandung & melahirkan anak, terkena jangkitan penyakit kelamin atau HIV. AKIBATNYA pulak ... terpaksa berhenti sekolah, kena menjadi ibu & bapa serta bekerja pada usia muda & yang paling teruk menjatuhkan maruah semua ahli keluarga. Yang penting semua kita kena tahu, x kira apa agama sekali pun perbuatan seperti ini dilarang oleh agama. FAHAM x?" jerit Zai pada Sam. 

"Kak Zai jangan le jadi singa ... Sam tanya baik2, dia jadi emosional pulak," tempelak Sam.



"Kak Sheila & suaminya kelihatan seperti pinang dibelah dua. Kalaulah ... aku dapat jadi seperti mereka suatu hari nanti," bisik hati kecil Farah sambil sibuk menghidangkan makanan kepada Tini & Mimi. Sedang dia sibuk melayan Tini & Mimi, tiba2 ... 

"Hei Farah! ... itu bukan ke Sam yang duduk disebelah pengantin lelaki tu ..." kata Tini sambil mencuit lengan Farah menafikan dakwaan Tini. Mimi yang sedang memerhatikan jejaka tersebut menyambung 

"betullah ... itu memang Sam. Cuba kau tengok ... muka dia seiras dengan pengantin lelaki itu. Entah2 abang dia yang kahwin dengan sepupu kamu x ...?

Dengan perlahan2 Farah menolehkan muka memandang ke arah khemah pengantin ... dan seperti ada tarikan magnet, Sam pulak memandang ke arah khemah mereka. Tini & Mimi melambai kepada Sam sambil menuding jari menunjukkan kehadiran Farah bersama mereka. Reaksi Sam menyebabkan ibu, bapa, kakak & abangnya memalingkan muka ke arah Farah sehingga menyebabkan Farah berdiri kaku kerana terlalu malu.



Sheila yang menyedari keresahan Farah, segera memanggil Farah ke meja mereka. Tini & Mimi dengan pantas menolak Farah untuk berjalan ke meja pengantin. Dengan muka yang merah padam kerana malu & marah, Farah melangkah longlai. Sheila memperkenalkan Farah 

"Ini Sam, Kak Sheila kenalkan Farah ... sepupu kakak ..."

Tiba2 Kak Zai mencelah ...

"Kak Sheila x tau ke ... inilah gadis pujaan Sam kat sekolah ... kalau tahu Farah ada tadi, Kak Zai suruh dia duduk sebelah kamu Sam ..." usik Zai. Sam menendang kaki Zai di bawah meja menandakan marah. 

"Kalau dah betul tu, janganlah nak marah orang," tambah Zai.



 Nasib baiklah ibunya menjadi penyelamat keadaan. 

"Sudahlah Zai, x habis2 mengusik adik kamu ... Ha Farah, selamat berkenalan ... Makcik ni mak kepada Sam, Toni & Zeck. Ini ayah mereka. Perangai mereka tiga beradik memang begini, kalau x mengusik memang x sah. Janganlah Farah ambil hati perangai mereka," ujar ibu Sam dengan lembut.

"Biar saya minta diri dulu makcik ... saya perlu melayan tetamu lain ..." ujar Farah dengan hormat sambil mengundur diri. Dalam hatinya berasa lega kerana terlepas dari kejadian yang x diduga. Bila dia kembali ke meja Tini & Mimi, kedua2nya tersengih2 atas kejayaan mereka mengenakan Farah. 

"X apa ... ada ubi ada batas. Lain kali boleh balas," ujar Farah melepaskan geramnya.



Jam menunjukkan pukul 3.30 petang & masa untuk keluarga mereka pulang ke rumah.  Sedang ibu dan bapanya sibuk memberi nasihat kepada abangnya, Sam masih tercari2 kelibat Farah yang x muncul selepas insiden di meja pengantin tadi.

Ketika berjalan keluar dari rumah tersebut dia ternampak Farah dipenjuru rumah tersenyum padanya. Tiba2 terdengar Zai berleter sambil menarik lengannya ... 

"Kalau ya pun tengok makwe, takkan dinding tu disangka pintu ... dik oi ... pintu kat kanan ... bukan kat situ." 

Cepat2 Sam berpaling & berjalan menuju ke arah pintu. Dalam hatinya tersemat azam menjadikan hubungannya dengan Farah sebagai cinta sejati seperti cinta Abang Zeck & Kak Sheila yang bermula dari sekolah sehingga ke menara gading ...






JaNGaN LuPa TiNGGaLKaN KoMeN aNDa

10 ulasan:

  1. salam dam, bru dpt join blog kau,dri pagi tadi aku cuba..hebat juak ko tok ceta pasal cinta..ne gmbr cinta ko x di post kt dlm blog tok hahaha...

    BalasPadam
  2. Cik Rose: hu3 ... a a kak ... cerpen kan ...

    Potrait Admirer: salam ... aok, baruk di public ku koh ... duhal b4 tok gik private duhal .... hu3 ... semadi zie yang madah ngan aku sal tok koh ... mun x, lalu x tauk la ku tek sampey nek tok.

    Xda la hebat ney pok ... berkongsi jak bah ... pic cintaku x pat post ctok pok ... mati kita kelak ... da berita lak ... hu3 ...

    biarlah rahsia ...

    BalasPadam
  3. Salam Adam,

    Wah entri berbunga-bunga kali ni ye...anyway nice blog & info sharing to us...Boleh jadi ahli karyawan lepas ni ye..Amin.. :-)

    BTW kami dah follow blog adam, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye.. :-)

    www.mylovely-cats.blogspot.com

    BalasPadam
  4. wasehh.. mek mok jdi kedak mpuan ya hahhaha.. bc setgh jak.. lak sambg gik hehe.. nang pjg tp best crita nya

    BalasPadam
  5. chu: wakakakaka ... pewiiiiit!!!!

    zul n azizi: salam zul n azizi ... tq ek ... saya dah terjah blog awak n saya tengok banyak info2 berguna kat situ khasnya untuk saya coz saya kan 1st timer bela kucing persian ni kan .... insyaAllah saya akan terus terjah dari masa ke semasa ...

    eva: yah ... yo nyeh ... nak jadi kedak farah dah nya .... no problem ... silakan berangan2 .... hu3 ...

    BalasPadam
  6. Bena kata buk aji .. panjang entri nya tapi dalam ya ada isi ..dapat dijadikan panduan ..c susah2 mauk tanyak pendapat urang .. baca kat ctk dah terbaik dah ..

    terbaik dari ladang ..

    BalasPadam
  7. Aishhh ne komen kmk tadik ho ..

    hah taip agik .. entri kitak tok nang bagus dam ..walaupun panjang ..nya ada isik .. bagus dijadikan panduan buat semua ..c payah tanyak orang ..kat ctok dah cukup ..


    terbaik dari ladang .. berbaloi2 ..hihi

    BalasPadam
  8. My Life's: yah ... yo nyeh ... ada gik sambungannya lak umi ... part 9 ... nantikannya k ....

    hope kitak sudi membacanya n x boring o .... tips bah ... hu3 .... baik untuk kesihatan perhubungan.

    BalasPadam

...ASSaLaMuaLaiKuM & SaLaM 1MaLaYSiA...
...KoMeN La KaT SiNi eK...
...SaTu PuN JaDi La...
...LaGi BaNYaK, LaGi BesT...
...TQ...

COPYRIGHT BY ADAM MALAYSIAN IDOL