Isnin, 16 Januari 2012

 Panduan Bercinta & Berdating (Part 8)


Pe kabar korang arini ...    aku alhamdulillah sangat2 .... sihat ... arini kan, ha ... aku nak kongsi lagi la berkenaan panduan bercinta n berdating ni ha .. check it out ya ...


 Unik Adalah Daya Tarikan



Setiap manusia itu mempunyai keunikan tersendiri kan. Xde seorang pun antara kita ni yang mempunyai ciri2 personaliti yang sama. Sebenarnya, keunikan inilah yang menarik perhatian sidia kepada korang.

Contoh la kan, time korang n the gangs bersama dia berada kat sebuah majlis n korang belum lagi mengenali sidia, ni la peluang korang untuk menarik perhatiannya dengan keunikan yang korang ada cam kalo korang ada sifat kelakar ke yang memungkinkan sidia n rakan2 korang akan ketawa.

 Kenali Kekuatan Diri



Pentingnya bagi korang mengenal dulu diri korang sendiri serta kualiti n kekuatan yang dimiliki. Ia bagi memastikan diri korang berjaya menghadapi sebarang dugaan hidup serta cabaran yang bakal mendatang. Kekuatan yang dimiliki adalah aset penting (bukan sekadar harta tau ...) yang bakal memajukan diri korang n memberikan "kuasa" pada personaliti.

Sekarang ni cuba korang tenangkan diri. Ambik kerusi n duduk depan cermin n tanya pada diri, 

"Apa kekuatan yang aku ada dalam diri sekarang ni?", 

"Apa yang menyebabkan orang lain tertarik kepada aku?", 

"Aku ni seorang yang sentimental ker?".

 Selepas korang mengenali beberapa kekuatan yang ada pada diri korang tu kan, ambil sebatang pen n catatkan di atas sehelai kertas. Tampal ditempat yang selalu kita tengok. Pastikan tulisan yang ditulis tu dapat dibaca dengan jelas ek. Bacalah setiap hari perkataan yang terdapat pada kertas tu. Semoga kekuatan itu melekat dalam kotak fikiran korang n akan menjadikan korang lebih yakin untuk berada dikhalayak ramai.


 Kenali Kelemahan Diri



Sekali lagi duduk kat depan cermin. Ambik lagi beberapa minit untuk bertanya pada diri korang, 

"Apa keburukan diri aku sebenarnya?",

"Apa kelemahan diri aku ya?",

"Rasanya kenapa orang x berapa suka pada aku ha?".

Kemudian tulis kelemahan diri korang tu pada sehelai kertas n tampal bersebelahan kertas yang ditulis kekuatan yang korang miliki tadi tu ha.

Contohnya la kan, kalo korang x mempunyai keyakinan diri coz x cantik or kacak, tuliskan maklumat ini di atas kertas tu. Dengan cara tu, korang akan sedar kelemahan diri n berusahalah untuk memperbaikinya.


 Tonjolkan Kekuatan Diri



Sudahkah korang sedar daripada lena yang panjang? Sedar x korang yang korang sebenarnya mempunyai kelebihan yang x dimiliki oleh orang lain? Bukankah korang dapat mengeksploitasi kekuatan yang korang miliki bagi menawan hati sidia? Sebenarnya kadang2 korang x mengetahui yang korang memiliki kelebihan itu sehingga diberitahu mengenainya.

Contohnya la kan, korang ni adalah orang yang mudah berbual dengan sesapa jer yang korang x menyedari bahawa sifat peramah ni adalah kekuatan yang korang miliki. Korang hanya mengetahuinya setelah rakan korang ke kan memberitahu bahawa korang ni sangat peramah ... (alalalala) X ramai yang memiliki kemahiran ni tau ... So, gunakan la kelebihan tu bagi mendapatkan hatinya ... (jangan main bedah yer ...) Tonjolkan kekuatan korang tu ha ...


 Kurangkan Kelemahan Diri



 Apabila korang dah mengenali kelemahan diri tu, gunakanlah minda serta akal fikiran bagi menyembunyikannya daripada  dihidu oleh orang lain. Cuba kurangkan semua kelemahan yang diketahui or yang baru korang kenalpasti dalam diri korang tu. Contohnya kalo korang rasa diri tu x cantik/hensem dari sudut fizikal, cuba carik kecantikan personaliti yang x dimiliki oleh orang lain.

Korang kena ingat, orang yang merasakan dirinya hodoh sukar mendapat pasangan tau ... (x pasti sejauh mana kebenaran ni la) Ini kerana mereka langsung x mempunyai keyakinan diri apatah lagi keyakinan terhadap pasangannya. Jalan terbaik, cuba cari kecantikan yang ada dalam diri n hati sanubari korang tu. Then, barulah dapat membentuk keyakinan diri ... (tiru macam saya) Hati yang suci n keyakinan yang tinggi akan menyerlahkan kecantikan korang .... (cam aku ler ... hu3 ... perasan)


 Memaksimumkan Pengetahuan



Untuk menjadi lebih menawan, korang perlu belajar cara membina perhubungan n cara mengekalkannya disamping cara memikat bakal pasangan korang tu ha. Korang kena terus belajar untuk memperbaiki perangai n keperibadian korang, mempertingkatkan kemahiran komunikasi, memurnikan hati, pemaaf n sentiasa bersangka baik. Perlu ingat bahawa pompuan ni mudah tertawan kepada jantan yang bersopan santun (x semestinya pondan yer ...) suka membantu (ringan tulang le tu namanya), menghormati wanita (tapi bukan hamba abdi ek)  berani n yakin diri.

Bagi pompuan yang sedang memikat pasangannya, mereka perlu mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat ke x dalam politik (x semestinya kene jadi menteri) sukan, memancing n aktiviti2 lain. Selain itu, kita perlu mencari bakal pasangan yang setara n sepadan dengan korang. Ini kerana ramai pasangan sengsara apabila buah hati terlalu cantik or hensem. Istilah yang sesuai adalah sekufu. Oleh itu, carik la yang sekufu ngan korang yer.


"Allah merahmati seseorang yang mengenali kemampuan dirinya"

Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan
kebenaran tidak dapat dibatasi"





JaNGaN LuPa TiNGGaLKaN KoMeN aNDa

4 ulasan:

  1. Hihi wahhh panjangnya .. dengar tip kitak tok dam .. buat kmk berfikir ..kmk makin hari makin malas mau berhias .. pas tok knk rajin2 la sebab mau menambat gik ati sukor ya ..pangg!!!


    ayat nak last ya .. suka tentang aktiviti nya suka .. kmk nang sokong ..mun kita c berapa suka apa yang nya suka ..cda cita gilak mauk share .. mun da minat sama ..baruk kampoh beloyar ..


    Toi eh? hihihi .. nice entri dam :)

    BalasPadam
  2. Bagus line hari tok eh ..laju jak komen di post hahahaha ..ju laju dam packing ..mauk jam 5 dah tok ..

    BalasPadam
  3. My Life's: aok ... nang senantiasa panjang jak entri kamek mun sal panduan bercinta n berdating tok ... da time nya kelak mun xda idea nakpa nak di kerepak, lalu simple jak kamek polah umi.

    Yah ... tapi nang ada benarnya juak kan, kena ada share dalam hubungan tok khasnya sal aktiviti yang dilakukan bersama nak ... baruk la da erti dalam cinta ya coz da pengalaman dalam merasakan dirik mpun apa yang nya suka n nya pun dapat join apa yang kita suka.

    line bagus ka? marek kamek try makey line opis mala jak putus2 ... pasya sambung balit ... nang sabotaj ...

    BalasPadam
  4. wahhh... bagus info ni.... lama dah tak berdating dgn awek... tapi dengan binik selalu laa... haaa3x

    BalasPadam

...ASSaLaMuaLaiKuM & SaLaM 1MaLaYSiA...
...KoMeN La KaT SiNi eK...
...SaTu PuN JaDi La...
...LaGi BaNYaK, LaGi BesT...
...TQ...

COPYRIGHT BY ADAM MALAYSIAN IDOL