Rabu, 18 Januari 2012

 Semasa Bercinta



Pe kabar anak2 arini? harapan kite moga uolls sihat walafiat hendaknya yer ... aduyai ... dah bunyi cam ustaz dah aku ni ha ... hu3 ...

K uolls, seperti yang aku janjikan kat korang semua arini aku akan kongsikan plak ce citer sal panduan bercinta n berdating bagi yang sedang bercinta ek ... sambungannya dalam part 10 la yer ...






Check it out ...

 Panduan Bercinta & Berdating (Part 10)



 Keberkatan n keredhaan daripada ibu bapa adalah faktor berjayanya hubungan yang dibina. Oleh itu, carilah keredhaan kedua2 mereka. Jangan membelakangi keputusan yang mereka buat.


 Siapa Buah Hati Kita?



Kekasih yang cemerlang bersikap jujur dalam perhubungan. Seelok2nya bagi pasangan yang sedang bercinta, beritahulah kepada ibu bapa siapa kekasih hati korang bagi mengelakkan mereka mencari bakal pasangan hidup untuk korang. Apabila korang memberitahu mereka yang korang dah ade buah hati, mereka x kan rasa bersusah payah nak carik jodoh untuk korang (ni zaman dolu2 punya acara ...)

Orang kata pilihan ibu bapa ni berkat, tetapi ada gak yang kata pilihan sendiri tu lebih baik. Apa pun pilihan yang dibuat, keberkatan n keredhaan daripada orang tua adalah faktor kejayaan hubungan yang dibina. Apabila ibu bapa x bersetuju or x redha dengan pilihan korang tu, susah nanti ha untuk korang berjaya dalam hubungan tu.


 Biar Ibu Bapa Kenal



Bagi lelaki yang sedang bercinta, apa salahnya kenalkan kekasih korang tu kepada ibu bapa korang kan. Dengan cara ini, kekasih korang tu akan rasa dihargai n rasa disayangnya kat korang semakin bertambah. Bagi pompuan plak, korang perlu ingat, kebanyakkan lelaki menunjukkan kasih sayang diaorang melalui perbuatan. Cara mereka mengungkapkan rasa cintanya kat korang adalah dengan membawa korang berjumpa keluarganya. Apabila ini berlaku kat korang, jangan risau ek coz hatinya sudah tekad untuk korang jer ...

Dia bukan jer berbangga memiliki korang, tetapi jugak nak berkongsi perasaan tu dengan mereka2 yang terdekat dengannya serta inginkan kita menjadi sebahagian daripada kehidupannya. Berbanggalah korang menjadi kekasihnya yer. Korang juga perlu bertindak sedemikian, x acilah kalo dia jer kan. So, bawak la kekasih korang tu berjumpa orang tuamu supaya ibu bapa korang leh kenal ngan dia. Ini untuk membuktikan kejujurannya kat korang sama ada dia benar2 ingin bersama korang or x.  


 Mereka Percaya Kepada Kita



Jangan lupa, sebenarnya ibu bapanya sedang menilai korang time korang diperkenalkan kepada mereka (bukan exam paper jer ada tau ...) Diaorang menilai dari segenap aspek seperti keperibadian, tingkah laku, kejujuran serta kesungguhan korang menawan hati puteri mereka. Kalo semuanya dah lulus (ala2 test JPJ la), maka lampu hijau diberikan dengan syarat korang kena jaga tingkah laku serta adab sebagai seorang Islam (yang lain2 tu ikut kepercayaan agama masing2 la ek).

Mungkin korang dinasihati supaya x berpegangan tangan n berdua2an dikawasan sunyi n tertutup (skema cam zaman dolu2 jer kan ..) Ini kerana ia boleh mengundang disa n maksiat (zaman sekarang ni mana de memikirkan benda ni pun kan). Jangan khianati kepercayaan yang telah diberikan. Selepas diaorang percayakan korang, jagalah peribadi n tingkah laku semasa korang bersama buah hati tu.


 Rasa Selamat Dan Terjamin



Pastinya ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak2nya. Mana ada ibu bapa yang nak anak2nya bergaul ngan rakan yang x tentu hala. Kaki lepak, penagih dadah n sebagainya. Semua ibu bapa mengharapkan anak2nya berkawan ngan orang yang baik2 (ala2 ustaz la) n berakhlak mulia.

Mengenali orang tua buah hati korang n berjumpa mereka adalah langkah yang bijak n macho kerana korang berani berhadapan dengan mereka. Sikap seperti ini  perlu dipuji kerana x ramai tau yang berani nak jumpa dengan ibu bapa kekasih diaorang coz mungkin diaorang x jujur dalam perhubungan tu kot. Ibu bapa kekasih akan menghargai korang coz bersikap gentleman. Mereka lebih percaya kat korang coz dah kenal sapa korang n tau serba sedikit tentang korang. Barulah mereka rasa anak diaorang selamat kalo kuar ngan korang ek.


 Tidak Mencari Yang Lain



Antara pilihan sendiri or pilihan orang tua yang mana lebih baik??? Jawapannya terletak pada korang sendiri. Apabila korang rasa pilihan orang tua adalah terbaik, maka ikut jer pilihan tu. Kalo korang rasa korang akan membuat pilihan tu sendiri, teruskan rescue yang mana sesuai ek.

Apabila korang dah jumpa    yang sesuai ngan diri tu, bagitau kat orang tua. So, mak bapak korang x perlu la susah payah nak carikan korang pasangan.


 Timbulkan Sifat Tanggungjawab Dalam Diri



Selepas mengenali ahli keluarga buah hati korang, secara x langsung ia menambahkan lagi sifat tanggungjawab dalam diri korang. Hubungan cinta antara kalian berdua sekarang ni bukan lagi hanya sekadar mainan tetapi memasuki tahap yang serius. Bukan lagi cinta monyet or cinta baboon yer ...

Cuba bayangkan kekasih korang tu seperti barangan yang begitu bernilai dalam hidup korang. Sudah tentu korang akan menjaganya dengan penuh  berhati2 n melindungi barang tu daripada rosak. Korang x sesekali akan merosakkannya. So, jagalah kekasih korang tu dengan penuh kasih sayang n jangan melakukan perkara yang boleh merosakkannya.



"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan 
untuk memegang, dua telinga untuk 
mendengar dan dua mata 
untuk melihat. 

Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan 
sekeping hati pada kita? Kerana tuhan telah 
memberikan sekeping lagi hati 
pada seseorang untuk 
kita mencarinya.

Itulah namanya CINTA ..."





JaNGaN LuPa TiNGGaLKaN KoMeN aNDa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

...ASSaLaMuaLaiKuM & SaLaM 1MaLaYSiA...
...KoMeN La KaT SiNi eK...
...SaTu PuN JaDi La...
...LaGi BaNYaK, LaGi BesT...
...TQ...

COPYRIGHT BY ADAM MALAYSIAN IDOL