Selasa, 17 Januari 2012

 Panduan Bercinta & Berdating (Part 9)




Pe kabor dihari kedua payday ni? masih ada cash in hand? bil2 semua dah dibayar? Jangan sampai tertunggak yer ... So, 2day aku nak direct jer ci citer kat korang semua sal panduan bercinta n berdating ler ... apa lagi kan ...

So, part 9 ni adalah yang terakhir untuk edisi sebelum bercinta or strategi korang untuk menambat hati bakal buah hati korang tu yer ... part 10 nanti akan bermulalah tips2 untuk semasa bercinta ...

Jom layan ...










 Ungkapkan Kalimah Cinta



Korang dah bersedia ke nak berkomitmen yang berterusan dengan bakal pasangan? Korang dah bersedia untuk mengungkapkan kalimah cinta dihadapannya? Sebenarnya, dia akan lebih yakin kat korang kalo korang mengungkapkan sendiri perasaan tu secara berdepan. Ucapan sayang, cinta n kasih yang lahir dari hati yang ikhlas sudah cukup untuk dijadikan sebagai bukti yang kukuh. Memang betul, bukan mudah melafazkannya n mengakui yang korang tu menyukai sidia. Sidia pasti akan rasa bertuah apabila korang berani mengucapkan apa yang korang rasa. 

 Luahkan Perasaan



Kaum lelaki sukar meluahkan apa yang terbuku dihati mereka. Mereka lebih bersikap seperti biasa walhal sebenarnya mereka menunjukkan kasih sayang mereka melalui perbuatan n tindakan mereka. Mengungkapkan kalimah cinta seperti "AKU CINTA PADAMU" adalah tindakan yang melibatkan komitmen jangka panjang. Ia bukan ungkapan biasa, tetapi janji yang perlu dipatuhi.


Ada segelintir jantan ni ha, takut nak bagitau sal cinta diaorang ni. Nak tau nape takut? Apa lagi, takut kena tolak ler ... X kurang jugak ada lelaki yang mahukan keselesaan dalam hubungan b4 mereka berani mengungkapkannya. Apabila lelaki mengungkapkan cinta tu bermakna dia akan tetap setia kepada kekasihnya (tetapi ada yang yang suka mempermainkan perasaan pompuan dengan ungkapan tu)

Oleh itu, apabila korang sudah bersedia, ungkapkan kata cinta itu dengan hati yang jujur n ikhlas. InsyaAllah kalo ada jodoh, dia x akan menolak cinta korang tu. Hadirnya perasaan cinta tu daripada Allah. Apabila korang yakin dengan pilihan yang dibuat, sentiasalah memohon petunjuk daripada-Nya.


 Biar Dia Tahu Perasaan Kita



Satu kelegaan bagi sidia  selepas korang mengungkapkan kalimah cinta kepadanya. Dia akan yakin dengan sikap korang yang jujur dalam perhubungan n pasti dengan hala tuju serta tujuan korang menjadikannya kekasih hati. Apabila dia sudah pasti dengan perasaan korang tu, barulah dia pasti dengan perasaannya sendiri. Bukan aper uolls, takut kang bertepuk sebelah tangan or syok sendiri o ... Nanti malu plak diri sendiri kan. So, bagitau kat buah hati tu yang korang cinta banget kat sidia ek ...


 Dengar Luahan Hatinya



 Korang takut ker nak dengar jawapan dari sidia setelah korang berterus-terang sal perasaan korang kat dia? Alah, jangan menggelabah ... fikirlah secara positif. Cuba jadi orang yang kuat  semangat. Terima sahaja apa jua jawapan yang diberi. Selepas korang memberitahunya yang korang cinta tu kan, tunggu ler jawapan dia plak. Dengar dengan teliti apa yang bakal dituturkannya. Cuba selami luahan hatinya. Mungkin apa yang diberitahu mempunyai maksud yang tersirat n mendalam.


Apabila dia membalas dengan jawapan yang sama, pasti dunia ni akan terasa seperti korang yang punya. Korang mungkin rasa cukup bahagia apabila mendengar dia juga cintakan korang. Rasa sayang terhadapnya pasti akan memuncak.


 Biar Kita Tahu Perasaannya



Syukur alhamdulilllah dia juga mencintai korang. Ini bermakna kotang x bertepuk sebelah tangan. Korang berdua bakal menempuhi alam permulaan cinta yang penuh dengan kemanisan n kedukaan. Korang berdua jugak la yang akan mencorakkannya. Kalo korang nak percintaan korang tu seperti lautan madu, penuhilah lautan tu dengan bunga. Apabila percintaan korang menjadi lautan api, standby la pemadam api yer ... wakakakaka.


 Ungkapan Cinta



Ramai yang terlepas peluang n patah hati kerana terlewat menyatakan hasrat kepada orang yang mereka cintai. Korang kena menyatakan kepada sidia tentang perasaan korang tu pada masa yang sesuai. Jangan nanti sampai dah nak basi baru nak kasi tau ... Perkara seperti ini perlu dilakukan segera supaya confident dengan persahabatan yang dibina.

Beberapa ungkapan yang dicadangkan di sini mungkin dapat menyemarakkan lagi rasa cinta dalam dirinya. Bagitau kat dia, 

"Saya cintakan awak", 

"Engkau telah menyempurnakan hidupku", 

"Kau akan menjadi seorang ibu yang baik", 

"Aku akan bersamamu disepanjang hayatku".

Ungkapan sebegini menimbulkan lagi rasa sayangnya terhadap korang. Cubalah (kalo berani). Pasti korang x kan menyesal ...



"Bila mata bertentangan, hati berdegup menjadi satu, 
getaran mula terasa, mengalir laju disegenap
ruang kosong, meninggalkan satu rasa,
yang dinamakan cinta"




"Cinta bukanlah kata2 murah & lumrah dituturkan
dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah
anugerah tuhan yang indah & suci
jika manusia dapat menilai
kesuciannya"




JaNGaN LuPa TiNGGaLKaN KoMeN aNDa

4 ulasan:

  1. Yahhhhhhhhhhhh suka kmk baca tok ehhhh ..so sweeeeeeeeeetttttttttttt ..ayat nok terakhir ya ..

    dam ..kitak tok mala jak cita pasal orangbaruk mauk bercinta .. cuba cita tentang orang nok lamak dah bercinta ..mcm kmk orang tok ..

    mau carik tip pake meyemarakkan lagi hubungan cinta ..bukan hubungan intim ar ..panggg!!!

    ne gayo nya ..da orang ya nak .. dah lamak bercinta .. jarang2 mau nyebut i love u sampe bergegar jiwa hahahahahhahaha ..

    BalasPadam
  2. My Life's: yah ... makseh umi ... kamek kena cita dari A la umi ... sabar k ... permintaan anda akan bermula dalam part 10 yer ... jangan risau ...

    pasal orang yo x nyebut i lap u ya nang biasa umi ... bak kata senario, sebelum n sesudah bah ... hu3 ...

    BalasPadam
  3. aiseh menn.. doktor cinta tok eyhh.. best k bc dak miak bok nak bercinta.. cinta tok mok dihargai nak bak ow.. ehhehe.. bak dalam cita ombak rindu.. mesti tak tau.. ehhehe

    BalasPadam
  4. eva: hu3 ... minak x tercapai nak jadi doktor cinta bena2 koh ... hu3 ... hanya mampu berkongsi tips ...

    cinta harus dihargai ... bak kata maya karin lam ombak rindu, "cinta itu x kejam, tetapi manusia itu yang x mtau menghargai cinta" ...

    BalasPadam

...ASSaLaMuaLaiKuM & SaLaM 1MaLaYSiA...
...KoMeN La KaT SiNi eK...
...SaTu PuN JaDi La...
...LaGi BaNYaK, LaGi BesT...
...TQ...

COPYRIGHT BY ADAM MALAYSIAN IDOL